Kata Mereka, Pikirkanlah.

Provided by the web design Internet guide.

Tuesday, May 5, 2009

Makanan Sehat

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperoleh makanan dalam waktu yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.

Pun begitu, terdapat berbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecerdasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, bergizi dan teratur.

Makanan seimbang ialah makanan yang mengandung kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan yaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terganggu.

MAKANAN UNTUK KESEHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL

1) KARBOHIDRAT
Memberikan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.

2) PROTEIN
Perlu untuk KESEHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah tahu, kacang dan lain-lain.

3) LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah minyak makan, lemak nabati.

4) AIR
Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.

5) MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah sayur - sayuran.

6) VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.

Vitamin A

Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, buah-buahan.

Vitamin B
Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, buah-buahan segar, beras dan kacang.

Vitamin C
Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

7) SERAT
Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN

Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.

Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios.

Lesithin didapati kacang soya.

Vitamin E terdapat dalam sayuran hijau, toge, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal).

Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya.

Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

0 komentar:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Archithings. Powered by Blogger